hidup ini singkat....bla...bla...bla....

Khamis, 11 November 2010

KSSR

Apakah KSSR?
-          KURIKULUM baru sekolah rendah - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.
-          Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.
-          KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu dahulu dan secara berperingkat kepada tahun dua dan seterusnya.
Rumusan Konsep KSSR Sains
1.       Dibangunkan berdasarkan teras PIPP yang kedua iaitu membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.  Ianya berteraskan FPK dan berprinsipkan KBSR

2.       Modul ini adalah modul di dalam kumpulan Teras Tema dan dikenali sebagai Dunia Sains dan Teknologi (DST). Peruntukan masa adalah 60 minit seminggu selama tempoh 30 minggu dari 42 minggu persekolahan bagi SK dan juga SJK tidak termasuk cuti penggal, cuti umum, aktiviti rasmi dan peperiksaan / ujian murid.


3.       Merangkumi transformasi kurikulum yang melibatkan elemen pemikiran kritis, kreatif dan inovatif seperti  :      
      a)  Sains dan Teknologi             
      b) Komunikasi                           
      c) Kerohanian, Sikap dan Nilai
      d) Keterampilan Diri  
      e)  Kemanusiaan                                                      
       f) Perkembangan Fizikal dan Estetika

4.       Penambahan kemahiran dari 3M kepada 4M iaitu :
      a)      Kemahiran Membaca    
      b)   Kemahiran Menulis
c)   Kemahiran Mengira                                     
d)   Kemahiran Menaakul (reasoning)

5.       DST merangkumi Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang terdapat di dalam KSSR iaitu :
      a)     Elemen Kreativiti & Inovatif    
      b)  Elemen Keusahawanan  
      c)  Elemen Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK)

6.       DST - gabungan 3 disiplin ilmu iaitu Sains(48 waktu), Rekabentuk & Teknologi(RBT)-tiada dokumen standard kerana RBT telah diserapkan ke dalam dokumen standard Sains dan TMK(12 waktu).

7.       DST terdiri daripada dua standard iaitu Standard Kandungan (22) dan Standard Pembelajaran (67).

8.       TMK  juga terdiri daripada dua standard iaitu Standard Kandungan (7) dan Standard Pembelajaran (24).

9.        TMK mengandungi 5 topik utama iaitu :
a) Komputer Pertama Saya                
b) Mari Belajar MS Word         
c) Mari Belajar MS Power Point
d) Mari Belajar Paint                           

e) Meneroka Dunia Di hujung Jari Anda (Internet).

10.    DST mesti diajar oleh guru Sains dan bukannya guru matapelajaran lain.

11.    Rancangan Pengajaran Harian perlu mengandungi sekurang-kurangnya 4 Elemen berikut:-
      a)       Standard Kandungan                       
      b) Standard Pembelajaran           
      c)  Aktiviti          
      d)  Impak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...